Transparent Chrome Glass Blue Pointer Unit Bimbingan Dan kaunseling SABK Maahad Ar Ridhwan: 10/2/11 - 10/9/11

Wednesday, October 5, 2011

Jauhi dari Berbohong

                          Manusia tanpa agama...Manusia binasa
             Manusia tanpa ilmu....manusia buta
             Manusia tanpa maruah..Manusia hina
             Manusia tanpa harta...Manusia sengsara


Ketahuilah,wahai anakku,memindahkan batu besar lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu faham... (Luqman al Hakim)


Berbohong sama dengan pengkhianatan terhadap Islam.Hal ini dapat dilihat dari kisah yang diceritakan dalam sebuah hadis.Seorang bukan Islam berjumpa dengan Rasulullah(SAW)dan menyatakan keinginannya menjadi seorang Muslim.Sesudah mengucap dua kalimah syahadat,lalu beliau bertanya,Ya Rasulullah,sesungguhnya saya selalu membuat dosa dan sukar meninggalkannya.Lantas Rasulullah SAW bertanya,Mahukah kamu berjanji untuk tidak berbohong?Lelaki itu mengiyakan dan selanjutnya pulang ke rumahnya.


Dalam perjalanan pulang,orang itu mengakui dalam hatinya betapa mudah berjanji namun berat melaksanakannya.Sedangkan sikap yang sedia ada selalu mendorongnya untuk mengulanginya.Namun hatinya bertanya?Bila berbuat jahat,apa yang harus dikatakan nanti bila Nabi bertanya?Bila tidak mengaku bererti berbohong.Itu sama ertinya dengan mengkhianati janjinya dengan Rasulullah.Sebaliknya,bila mengatakan yang sebenarnya,ia mendapat hukuman.


Lalu dia membuat keputusan,tidak mahu menjadi pengkhianat sekaligus tidak mahu menerima hukuman dari Allah.Inilah yang membendung keinginannya untuk tidak berbohong lagi.Dalam hatinya berkata,betapa hebat dan agungnya ajaran didalam Islam.


Namun keagungan ajaran Islam tidak mahu difahami oleh sebahagian daripada kita.Meskipun sudah diberikan kefahaman dan melihat kesan-kesannya,berbohong dan pembohongan terus dilakukan dengan meluas dalam kehidupan sehar.ian kita.Inilah ciri-ciri orang yang digambarkan oleh Luqman Al Hakim di atas.


        Cintakan bunga ia akan layu...
        Cintakan manusia ia akan mati...
        Cintakan Rasul cinta sejati...
        Cintakan Allah kekal abadi...


                                                   Nukilan:
                                                   (AfaLuq)   



di mana ada kemahuan di situ ada"A1"

    Jika kita bersungguh-sungguh berkehendakan sesuatu, lazimnya kita akan memperolehnya jadi untuk mencapai kecemerlangan, kita perlu memupuk dan membina semangat yang kuat serta keazaman yang kental agar apa jua cabaran dapat kita tepis dan tangkis.
    Oleh itu, jika kita benar-benar mahu "A1" dalam semua mata pelajaran yang kita ambil kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh. Hanya dengan kemahuan serta usaha yang bersungguh-sungguh sahaja yang dapat menjamin kecemerlangan dalam hidup kita. Jika kita sendiri tidak yakin serta tidak mahu untuk berjaya dan memperoleh "A1" dalam peperiksaan, tidak sesiapa yang dapat membantu kamu untuk berjayaya dalam peperksaan.
    Justeru itu, mulakan dengan kata-kata semangat "ya aku mesti dapat semua A"dan teruslah dengan tindakan susulan.

❦success depents on what you do with you❦

 ✌   Kita perlu ingat bahawa kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas kejayaan diri sendiri orang lain hanya boleh membantu,menegur,memberi nasihat dan peringatan serta membimbing dan menolak kita dari belakang. Sebaliknya tanggungjawab untuk bertungkus-lumus dan bertindak bagi menjayakan sesuatu kerja terletak pada diri kita sendiri.
    Jadi, apa yang kita lakukan terhadap diri sendirilah yang menentukan kejayaan atau sebaliknya. jika kita mengunakan segala potensi yang dianugerahkan olah Alllah kepada kita untuk mencapai matlamat,tertentu bersikap lebih positif, serta berusaha bersungguh-sungguh, nescaya kita. 
   Jadi kesimpulannya, untuk tujuan apa kita gunakan potensi diri yang ada kepada diri sendiri dan sehebat mana kita mengilap potensi itu akan menentukan kejayaan buat diri kita. Jadi kejayaan banyak bergantung kepada apa yang kita lakukan terhadap diri sendiri. 

saya mesti sanggup korbankan banyak perkara yang kecil

      Banyak perkara kecil yang kita lakukan saban hari yang boleh menjejaskan peluang kita mencapai sesuatu impian,cita-cita,dan matlamat yang lebih besar,lantaran menyekat peluang kita dalam mengejar dan memburu kecemerlangan .
      Perkara-perkara kecil merangkumi tabiat suka berbual-bual kosong setiap kali ada kelapangan,berkhayal,asyik menonton televisyen,membaca komik atau majalah,bermain permainan komputer atau video,bersiar-siar,dan seumpamanya. Jika asyik melayan perkara kecil sudah tentu pembaziran masa berleluasa. Hal ini, akan menghalang kita untuk mencapai perkara besar dan bagi seseorang pelajar ini bermakna menghalangnya daripada memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan. 
       Oleh itu, untuk mencapai perkara besar, kita harus berkorban dengan mengurangkan aktiviti-akitiviti harian seperti ini dan meluangkan masa untuk belajar bersungguh-sungguh. Buang perkara kecil dan fokus kepada  perkara besar.
Transparent Chrome Glass Blue Pointer