Jika kita bersungguh-sungguh berkehendakan sesuatu, lazimnya kita akan memperolehnya jadi untuk mencapai kecemerlangan, kita perlu memupuk dan membina semangat yang kuat serta keazaman yang kental agar apa jua cabaran dapat kita tepis dan tangkis.
Oleh itu, jika kita benar-benar mahu "A1" dalam semua mata pelajaran yang kita ambil kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh. Hanya dengan kemahuan serta usaha yang bersungguh-sungguh sahaja yang dapat menjamin kecemerlangan dalam hidup kita. Jika kita sendiri tidak yakin serta tidak mahu untuk berjaya dan memperoleh "A1" dalam peperiksaan, tidak sesiapa yang dapat membantu kamu untuk berjayaya dalam peperksaan.
Justeru itu, mulakan dengan kata-kata semangat "ya aku mesti dapat semua A"dan teruslah dengan tindakan susulan.
No comments:
Post a Comment