Transparent Chrome Glass Blue Pointer Unit Bimbingan Dan kaunseling SABK Maahad Ar Ridhwan: saya mesti sanggup korbankan banyak perkara yang kecil

Wednesday, October 5, 2011

saya mesti sanggup korbankan banyak perkara yang kecil

      Banyak perkara kecil yang kita lakukan saban hari yang boleh menjejaskan peluang kita mencapai sesuatu impian,cita-cita,dan matlamat yang lebih besar,lantaran menyekat peluang kita dalam mengejar dan memburu kecemerlangan .
      Perkara-perkara kecil merangkumi tabiat suka berbual-bual kosong setiap kali ada kelapangan,berkhayal,asyik menonton televisyen,membaca komik atau majalah,bermain permainan komputer atau video,bersiar-siar,dan seumpamanya. Jika asyik melayan perkara kecil sudah tentu pembaziran masa berleluasa. Hal ini, akan menghalang kita untuk mencapai perkara besar dan bagi seseorang pelajar ini bermakna menghalangnya daripada memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan. 
       Oleh itu, untuk mencapai perkara besar, kita harus berkorban dengan mengurangkan aktiviti-akitiviti harian seperti ini dan meluangkan masa untuk belajar bersungguh-sungguh. Buang perkara kecil dan fokus kepada  perkara besar.

No comments:

Post a Comment

Transparent Chrome Glass Blue Pointer